Sila Klik Di Sini.. ^_^

Thursday, May 9, 2013

MEriSik..


Okeh.. Seperti yang dijanjikan.. 

ni pengalaman sendiri +- pengalaman kawan2 n adik bradik la.. 
Selalunya adat merisik ni berbeza mengikut negeri.. 
ini cuma cadangan la.. nak lebih afdal bertanya la kepada orang yang lebih tua.. kannn.. ^_^

pada kebiasaannya pihak lelaki akan membawa :-

1.  cincin tanda (selalu yer cincin belah rotan jer.. xdo diamond2 der..)

2.  kuih-muih 
(manisan la.. belah2 kelantan slalu bagi susu tin bungkus dlm pembalut cantik, 
xpon kasi laici tin.. ok per.. boleh guna hokehhh..)

3.  Buah-buahan

4. Kain sepasang (xde pun xpe)

5. Duit tanda.. (kalau xsilap ini menandakan berapa hantaran yg bakal diberi nnt..) 

cth: hantaran 10k, duit tanda ni bagi la rm100.. ni slalu yer belah2 johor kot.. negeri lain    xpasti ade ke tidak.. klu salah jgn mara yer.. 

Biasanya dalam adat merisik ni bawak cincin je.. yang lain2 tu kalau xbawak pun xpe..

Semasa Majlis merisik tu.. Pihak lelaki akan bertanya kepada pihak/ orang tua perempuan samaada terima atau tidak.. jika di terima baru lah akan terjadinya proses meminang/ majlis bertunang.. 

Mcm akaq yg gelojoh ni majlis merisik ngan tunang buat hari yg same... maklumlah.. rombongan orang jauh.. xkan nak datang banyak kali.. tp sesi merisik yang xformal melalui phone je.. mak lelaki call mak pempuan.. pun bole.. hihi (jimat mase dan tenaga)

Yang belah perempuan biasenya xde la buat kenduri bagai.. kadang2 yang datang merisik pun secara terkejut.. Tapi kalau yang sememangnya dirancang selesai majlis ada la makan2 sikit.. minum petang ke goreng bihun ke mee ke.. cukup da kot.. 

so next entry berkenaan majlis tunang dan persiapan....

Wassalam... ^_^    

No comments:

Post a Comment